Kelas Suntingan Gambar (VSCO Apps)
30 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 29 Mei 2025, kelas Suntingan Gambar Menggunakan Aplikasi VSCO telah diadakan secara dalam talian di NADI Felcra Sungai Ara.
Kelas ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik asas menyunting gambar menggunakan aplikasi VSCO, termasuk penggunaan penapis, pelarasan cahaya, kontras, dan tona warna. Melalui kelas ini, peserta dapat meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan gambar yang lebih menarik dan profesional, khususnya untuk kegunaan media sosial dan promosi perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: