Webinar Kempen Internet Selamat - Kenali Laman Web Jahat
5 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 4 Jun 2025, satu webinar Kempen Internet Selamat (KIS) bertajuk Kenali Laman Web Jahat telah diadakan secara dalam talian di NADI Felcra Sungai Ara. Webinar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta mengenai ancaman siber, khususnya berkaitan laman web palsu dan penipuan dalam talian. Peserta didedahkan kepada cara mengenal pasti ciri-ciri laman web yang mencurigakan serta langkah-langkah keselamatan semasa melayari internet. Program ini telah mendapat sambutan yang baik dan berjaya memberi pendedahan berguna kepada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: