Webinar Berkala Matematik Edisi Ketiga - Algebra is Awesome!
14 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 13 September 2025, telah diadakan satu Webinar Berkala Matematik Edisi Ketiga: Algebra is Awesome! yang berlangsung secara dalam talian di NADI Felcra Sungai Ara. Webinar ini sesuai untuk pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 kerana kandungannya merangkumi asas hingga aplikasi lanjutan dalam topik algebra.
Sepanjang sesi, peserta diberikan penerangan mengenai konsep asas algebra, kaedah penyelesaian persamaan, penggunaan formula, serta aplikasi algebra dalam kehidupan seharian. Penceramah turut menggunakan kaedah interaktif seperti kuiz, contoh soalan peperiksaan, serta perbincangan langkah demi langkah bagi membantu pelajar memahami topik dengan lebih mudah.
Webinar ini berjaya menarik minat pelajar kerana disampaikan dengan cara yang menarik, santai dan mudah difahami, sekali gus meningkatkan keyakinan mereka dalam menguasai topik algebra. Program ini juga dapat membantu pelajar membuat persediaan yang lebih mantap untuk peperiksaan, di samping menanamkan minat mendalam terhadap Matematik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: