DILEA - Webinar Gerak Gempur Sejarah

9 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu 8 November 2025, telah diadakan Program Khas Dilea Webinar Gerak Gempur SPM Sejarah secara dalam talian . Program tersebut berlangsung di NADI Felcra Sungai Ara dan disertai oleh calon-calon SPM yang bakal menduduki peperiksaan.

Webinar ini bertujuan memberi pendedahan mendalam kepada pelajar mengenai teknik menjawab soalan kertas Sejarah SPM, di samping meningkatkan keyakinan mereka terhadap subjek berkenaan. Penceramah merupakan guru pakar sejarah yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan serta peperiksaan. Mereka telah berkongsi strategi menjawab soalan objektif, struktur dan esei dengan lebih berkesan, termasuk menekankan kemahiran menghurai fakta, menyusun isi dan mengaitkan jawapan dengan kehendak soalan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali