Kempen Internet Selamat - Berita Palsu Jangan Terpedaya

20 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Julai 2025, satu webinar bertajuk Kempen Internet Selamat: Berita Palsu Jangan Terpedaya telah dianjurkan secara dalam talian di NADI Felcra Sungai Ara. Program ini menyasarkan penyertaan murid berumur antara 7 hingga 12 tahun dengan objektif meningkatkan kesedaran awal tentang bahaya penyebaran dan kepercayaan terhadap berita palsu di internet.

Melalui pendekatan interaktif dan penggunaan bahan visual yang mesra kanak-kanak, peserta didedahkan kepada cara mengenal pasti berita palsu, kepentingan menyemak kesahihan maklumat, serta tanggungjawab sebagai pengguna internet yang bijak. Program ini telah berjaya menarik minat peserta dan memberi pendidikan digital asas yang penting dalam membentuk generasi celik maklumat sejak usia muda.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali