Webinar Cybersecurity Serangan Siber ke Pemulihan – Asas Tindak Balas & Forensik Digital
11 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Julai 2025, satu webinar Cybersecurity bertajuk Serangan Siber ke Pemulihan: Asas Tindak Balas & Forensik Digital telah berjaya dianjurkan secara dalam talian di NADI Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan inisiatif kesedaran keselamatan siber yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai ancaman serangan siber yang semakin kompleks serta langkah-langkah asas yang boleh diambil dalam tindak balas insiden dan forensik digital.Antara topik utama yang dibincangkan termasuklah jenis-jenis serangan siber, kaedah pengesanan awal, langkah tindak balas sekiranya berlaku pencerobohan, serta pengenalan kepada teknik asas dalam siasatan forensik digital.
Melalui webinar ini, peserta bukan sahaja memperoleh pengetahuan baharu, malah meningkatkan tahap kesedaran mereka terhadap kepentingan menjaga keselamatan data peribadi dan organisasi. Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektifnya dalam memberi pendedahan awal mengenai dunia keselamatan siber dan diharapkan dapat memupuk budaya celik digital dalam kalangan masyarakat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: