Mahir Gajet Kelas 7
16 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu, 15 Februari 2025 telah diadakan Mahir Baiki Gajet Kelas 7 yang telah di laksanakan secara dalam talian di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felcra Sungai Ara. Mahir Gajet Kelas 7 ini di laksanakan pada setiap hari sabtu pada jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi. Tujuan kelas pada kali ini adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan Iphone dan juga quiz. Pada kelas kali ini, mereka diberikan penerangan dan juga pengenalan berkaitan dengan dengan Iphone, ciri-ciri Iphone, Sejarah Iphone serta software yang di gunakan di dalam Iphone. Setelah selesai penerangan berkaitan dengan topik Iphone, peserta telah diberikan quiz bagi menilai tahap kefahaman peserta Mahir Gajet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: