Mahir Masak Kelas Minggu 8

16 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 15 Februari 2025 telah diadakan Mahir Masak Minggu 8 yang telah di laksanakan secara dalam talian di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felcra Sungai Ara. Mahir Masak Kelas 7 ini di laksanakan pada setiap hari sabtu pada jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi. Tujuan kelas pada kali ini adalah untuk memberikan penerangan dan panduan serta latihan dalam penghasilan Belgian Almond Choc Chips Cookies. Pada kelas kali ini, mereka telah membuat latihan amali di dalam penghasilan Belgian Almond Choc Chips Cookies bermula dengan pengenalan bahan-bahan yang akan digunakan. Setelah mengetahui bahan-bahan yang digunakan, mereka telah di berikan latihan berkaitan langkah-langkah di dalam penghasilan Belgian Almond Choc Chips Cookies bermula dari adunan tepung sehinggalah proses pembakaran biskut selesai. Di akhir kelas, peserta di minta untuk mengisi kedatangan di dalam MTS.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali