Webinar SAFE: Lindungi Data Peribadi
20 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 19 April 2025 yang lalu, dua orang ahli NADI Felcra Sungai Ara telah mengambil bahagian dalam sesi webinar bertajuk SAFE: Lindungi Data Peribadi yang diadakan secara dalam talian. Penyertaan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkasakan komuniti luar bandar, dalam aspek keselamatan digital.
Melalui webinar ini, para peserta didedahkan kepada pelbagai maklumat penting berkaitan langkah-langkah melindungi data peribadi, cara mengenal pasti ancaman siber seperti penipuan dalam talian, serta kaedah terbaik untuk meningkatkan keselamatan akaun digital mereka. Program ini juga memberi ruang kepada peserta untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya perlindungan maklumat peribadi dalam era digital masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: