dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felcra Sungai Ara, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Media Sosial – wix.com

6 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 05 Mei 2018 telah diadakan satu Kelas Media Sosial – wix.com yang telah dilaksanakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah berlangsung pada jam 2.00 petang dan telah berakhir pada jam 4.00 petang. Tujuan kelas media sosial ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara untuk membina laman web dengan mudah dan percuma dengan menggunakan www.wix.com.

Pelayar web yang sesuai yang dicadangankan untuk membuka www.wix.com ini ialah Google Chrome atau Opera. Kelas ini merupakan sambungan daripada kelas media sosial pada bulan lepas. Di dalam kelas pada kali ini, mereka diberikan tugasan untuk mengemaskini laman web yang telah dibina pada bulan lepas dengan mengisi maklumat-maklumat berkaitan laman web yang dibina. Mereka boleh mencari maklumat yang berkaitan dengan laman web mereka di Google.

Di akhir kelas media sosial ini, mereka berjaya mengemaskini maklumat-maklumat berkaitan dengan laman web yang mereka bina.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.