dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felcra Sungai Ara, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Multimedia – PowToon Siri III

12 November 2017 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 11 November 2017, telah diadakan satu Kelas Multimedia:Powtoon Siri III yang telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara. Kelas multimedia ini melibatkan pelajar sekolah rendah sahaja. Tujuan kelas multimedia:PowToon Siri III ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan dan penerangan berkaitan dengan cara penggunaan serta fungsi PowToon ini dalam menghasilkan video berunsur animasi yang menarik.

Manfaat yang di perolehi di dalam kelas multimedia:PowToon ini antaranya ialah dapat menghasilkan video berunsur animasi yang menarik dan dapat menarik minat penonton apabila melihat video tersebut serta dapat membuat pembentangan dengan menggunakan konsep animasi PowToon ini. Pada kelas multimedia kali ini, mereka akan “log in” dengan menggunakan id yang telah dibuat pada kelas yang lepas. Mereka ditugaskan untuk membuat satu video berkaitan alam sekitar dengan menggunakan aplikasi PowToon ini. Mereka mengambil masa 1 jam 30 minit bagi melengkapkan animasi PowToon ini. Di akhir kelas multimedia ini, mereka dapat memahami dan mengetahui cara yang mudah bagi menghasilkan video animasi dengan menggunakan PowToon.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.