dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felcra Sungai Ara, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Advokasi @ Program My Soul My Community 2.0

30 April 2017 | Aktiviti Terkini

Pada sabtu 29 april 2017 telah diadakan satu program My Soul My Community 2.0. Program ini telah diadakan di Balairaya Kampung Semaloi, Mersing. Program ini melibatkan JKK Kampung Semaloi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pontian, Perpustakaan Desa Balairaya Kampung Semaloi dan juga Mini RTC Seri Mahkota. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu komuniti setempat dalam menghasilkan sesuatu produk daripada bahan yang tidak digunakan menjadi satu produk yang bernilai dan lebih mesra alam. Sekam dan jerami padi yang tidak gunakan boleh dijadikan bahan yang lebih bernilai.

Turut dipamerkan juga produk-produk yang telah dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan tersebut. Selain itu, Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Felcra Sungai Ara juga turut memberikan penerangan berkaitan dengan klik dengan bijak dan check your label. Mereka telah diberikan penerangan tentang cara penggunaan internet yang selamat dan mereka juga di ingatkan agar tidak melakukan sesuatu dialam maya yang tidak dilakukan dialam realiti kerana ianya boleh mendatangkan kesan yang negatif kepada mereka kelak. Oleh itu, dengan adanya program ini ianya dapat membantu meningkatkan ekonomi komuniti setempat dan dapat membantu memberikan kesedaran berkaitan dengan penggunaan internet kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.