dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felcra Sungai Ara, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas ICT – Microsoft Office

18 Mac 2017 | Aktiviti Terkini

Pada jumaat, 17 Mac 2017 telah diadakan satu kelas ICT – Microsoft office word yang dilaksanakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Felcra Sungai Ara. Di dalam kelas kali ini, mereka telah diterangkan tentang kaedah untuk menaip dengan pantas di dalam Microsoft office word. Tayangan video berkaitan menaip dengan pantas turut ditayangkan bagi memudahkan mereka memahami kaedah yang betul untuk menaip dengan pantas. Selepas selesai penerangan tentang menaip dengan pantas. Mereka diminta untuk melakukannya secara praktikal dengan menaip teks yang ditayangkan di layar putih. Untuk menaip teks tersebut dengan betul, mereka hanya mengambil masa lebih kurang 13 minit sahaja. Mereka turut diberikan penerangan berkaitan dengan fungsi Microsoft office word seperti untuk meletakkan perenggan di sebelah kanan, tengah dan juga kiri. Selain itu, mereka turut diajar cara untuk menambah ruang dan mengeluarkan ruang daripada perenggan. Dengan adanya kelas ICT – Microsoft office word ini, mereka bukan sahaja dapat belajar kaedah menaip dengan pantas malah dapat mengetahui fungsi yang terdapat di dalam perisian Microsoft office word ini

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.