dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felcra Sungai Ara, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Internet - Frogvle

20 Mei 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Mei 2017, telah diadakan satu kelas internet: Frogvle yang telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Felcra Sungai Ara. Kelas ini merupakan kerjasama antara pihak PI dan Sekolah Kebangsaan Felcra Sungai Ara dalam memberikan penerangan dan garis panduan berkaitan cara pengunaan laman web sekolah mengikut garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap pelajar telah diberikan id dan kata laluan untuk mendaftar masuk ke laman web sekolah.

Id dan kata laluan juga turut diberikan kepada ibubapa dan guru untuk memudahkan mereka mendaftar masuk ke laman web sekolah. Di dalam laman web tersebut, setiap pelajar boleh menyunting laman web mereka mengikut kreativiti mereka sendiri. Selain itu, ibubapa boleh mendaftar masuk mengikut id dan kata laluan yang telah diberikan untuk memantau perkembangan sekolah dan juga anak mereka. Di samping itu, guru-guru boleh memuat naik latihan dan juga kerja rumah kepada pelajar-pelajar menerusi laman web sekolah ini. Oleh itu, dengan adanya Frogvle ini, akan memudahkan guru, pelajar dan ibubapa mengetahui perkembangan sekolah dengan lebih mudah dan murid dapat membuat latihan dengan cara yang berbeza selaras dengan teknologi terkini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.