dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felcra Sungai Ara, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Kekal Sihat Bersama PI Felcra Sungai Ara

10 Februari 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 9 februari 2017, telah diadakan satu program kekal sihat bersama PI Felcra Sungai Ara. Di dalam program ini, pihak PI Felcra Sungai Ara telah mengadakan aktiviti futsal bawah 14 tahun. Seramai 21 orang ahli PI Felcra Sungai Ara telah melibatkan diri didalam aktiviti futsal ini. Program Kekal Sihat Bersama PI Felcra Sungai Ara ini telah diadakan di gelangan sukan Felcra Sungai Ara. Program ini telah bermula seawal jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Di dalam program ini juga, mereka telah diberikan penerangan klik dengan bijak (KDB) berkaitan dengan penyebaran maklumat palsu. Mereka telah diingatkan agar tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih atau palsu kerana ianya boleh mendatangkan kesan yang negatif. Penyebaran maklumat yang tidak sahih atau palsu juga akan merenggangkan hubungan silaturahim didalam sesebuah komuniti. Oleh itu, mereka di ingatkan bahawa agar berfikir dahulu sebelum menyebarkan sesuatu maklumat ataupun berita. Dengan adanya program kekal sihat ini, mereka bukan sahaja dapat mengekalkan kesihatan, malah dapat menunjukkan kemampuan diri mereka serta dapat meningkatkan komunikasi sesame ahli-ahli PI Felcra Sungai Ara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.