dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felcra Sungai Ara, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Advokasi @ Program Kemerdekaan Malaysia

31 Ogos 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Ogos 2017 telah diadakan satu Program Advokasi @ Hari Kemerdekaan Malaysia yang telah berlangsung di Perpustakaan Desa Balairaya Kampung Semaloi. Program ini merupakan program kerjasama antara pihak Perpustakaan Desa Balairaya Kampung Semaloi dan juga Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Kampung Baru Air tawar. Program ini telah berlangsung pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari.

Tujuan Program Kemerdekaan Malaysia ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kemerdekaan dalam kalangan penduduk setempat dan juga memberikan penerangan berkaitan dengan Klik Dengan Bijak. Antara pengisian program ini adalah pertandingan mewarna, kuiz kemerdekaan 2017, aktiviti mewarna bendera Malaysia, pertandingan memasak, pertandingan dart, pertandingan sepak takraw bulatan dan juga tayangan video Klik Dengan Bijak. Program ini melibatkan golongan kanak-kanak dan juga golongan dewasa. Dengan adanya Program Kemerdekaan Malaysia ini, kita dapat menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk setempat dan dapat menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.