dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felcra Sungai Ara, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Kenali Microsoft Office Siri 2

24 September 2017 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 23 September 2017, telah diadakan satu Program Kenali Microsoft Office Siri 2 yang telah di adakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan program kerjasama antara Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) Cawangan Kampung Sungai Ara dan pihak PI Felcra Sungai Ara. Tujuan Program Kenali Microsoft Office Siri 2 ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan pendedahan berkaitan dengan cara menggunakan Microsoft Office Power Point dengan betul. Mereka diterangkan dengan fungsi-fungsi yang terdapat didalam Microsoft Office Power Point dan cara untuk membuat silde dengan betul.

Setelah selesai penerangan berkaitan dengan Microsoft Office Power Point, mereka dikehendaki untuk membuat slide mereka sendiri mengikut kreativiti masing-masing. Program ini telah berlangsung selama 2-jam bermula pada jam 11.00 pagi dan telah berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Program ini telah dihadiri oleh beberapa orang ahli PI Felcra Sungai Ara. Di akhir program ini, setiap ahli PI yang terlibat dapat memahami tentang fungsi-fungsi dan cara untuk membuat silde dengan betul dengan menggunakan Microsoft Office Power Point.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.