dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felcra Sungai Ara, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Asas Microsoft Office Word Siri 6

22 Disember 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 20 & 21 Disember 2017, telah diadakan satu Kelas Asas Microsoft Office Word Siri 6 yang telah dilaksanakan di Perpustakaan Desa Balairaya Kampung Semaloi. Kelas ini merupakan Program bersama antara Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara bersama Perpustakaan Desa (PD) Balairaya Kampung Semaloi serta komuniti Asli Kampung Labung. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara penggunaan Microsoft Office Word dalam menghasilkan sesebuah resume kreatif. Kelas Asas Microsoft Office Word Siri 6 ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan telah berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Kelas ini juga telah dihadiri oleh komuniti Asli dan pekerja Perpustakaan Desa (PD) Balairaya Kampung Semaloi.

Di awal kelas ini, mereka telah diberikan penerangan dan pendedahan berkaitan cara untuk menghasilkan resume yang kreatif dengan menggunakan Microsoft Office Word. Mereka juga diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk menambah bentuk, menukarkan warna pada bentuk, meletakan teks di dalam bentuk dan menyusun bentuk dalam menghasilkan resume yang kreatif. Selesai penerangan, mereka diberikan latihan menghasilkan resume yang kreatif dengan merujukan contoh resume kreatif yang telah diberikan. Dalam masa kurang 1 jam sahaja mereka dapat melengkapkan latihan yang telah diberikan. Di akhir Kelas Asas Microsoft Office Word Siri 6 ini, mereka dapat memahami format yang terdapat di dalam sesebuah resume kreatif ini dan dapat meningkatkan kemahiran menaip mereka dari semasa ke semasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.